Sunday 23 August 2009

MINDA INTELEK: Toleransi Islam di Sepanyol

(Berikut ialah sinopsis dua episod terakhir MINDA INTELEK yang disiarkan oleh RTM 2007 setiap rabu 5.30 petang melalui gelombang 88.7MHz)

1
The Quest of truth ialah perbincangan tentang pandangan Islam menerusi pandangan pengkaji bukan-Islam yang akhirnya memilih Islam sebagai cara hidup. Pengkaji Barat yang ikhlas dalam kajian mereka tentang Islam bertemu dengan kebenaran yang sama pada akhir destinasi kajian mereka. Inilah yang dtunjukkan oleh tokoh seperti Muhammad Asad, Maryam Jamilah, Gary Miller, Jeffery Lang, dan yang lain-lain.
Ada di antara mereka, pada awal kajian mereka bermaksud untuk mencari keburukan Islam dalam agenda besar mereka untuk menyatakan “Islam agama mundur lagi ganas”. Media barat serta penulisan mereka sentiasa menggambarkan demikian. Namun antara mereka, ada yang mengkaji Islam secara jujur dan amanah lalu menemui hakikat sebenar tentang Islam.
Pengkaji tentang kemasyarakatan mendapati Islam memberikan keamanan dan jaminan social yang adil kepada seluruh masyarakat, Islam atau bukan-Islam.
Pengkaji tentang ekonomi, mendapati system ekonomi Islam memberikan jawapan kepada kemelut ekonomi dunia dengan dasar “Allah menghalalkan urusniaga, dan mengharamkan riba”.
Pengkaji perundangan mendapati system perundangan Islam menjamin keamanan sepanjang zaman. Sahifah Madinah misalnya memberikan keadilan kepada semua penduduk Madinah yang majmuk.
Para pengkaji sains dan teknologi mengkagumi al-Qur’an dalam fakta sains moden yang mendahulu masa.
Mereka yang memilih Islam menerusi kajian masing-masing sepakat menyatakan bahawa Islam ialah cara hidup yang syumul yang sangat mereka rasai dan hayati. Mereka dapat mengecap kemanisan iman dalam banyak hal lebih bermakna daripada penganut Islam secara warisan.
Pembicara berjaya menyampaikan mesej bahawa mereka yang memilih Islam menerusi pengkajian yang mendalam terdiri daripada para intelek, jurnalis, pensyarah, ahli ekonomi, perundangan, saintis dan pemikir. Ini menunjukkan semakin berilmu seseorang semakin hamper mereka kepada kebenaran Islam.



2
Episod ini membincangkan sejarah keagungan Islam di Andalusia. Hakikatnya Andalusia dalam sejarah silam merujuk rantau Sepanyol, Portugal dan sebahagian Perancis. Pembicara Minda Intelek mengajak para pendengar untuk menghayati sikap toleransi umat Islam dalam masyarakat majmuk Andalusia yang terdiri daripada tiga agama besar dunia: Judaisme, Kristian dan Islam. Sikap toleransi ini tiada bandingannya dalam sejarah kemanusiaan.
Sejarah bermula dengan kemasukan tentera panglima Tariq bin Ziad dari Utara Afrika bersama 7000 tenteranya di atas jemputan kerabat diraja Julian bagi memerangi Raja Roderic bersama 70,000 tenteranya yang menzalimi rakyatnya sendiri. Kedatangan Tariq disambut penduduk tempatan sebagai hero yang membebaskan Sepanyol dari raja tersebut serta membawa obor tamadun pemikiran masyarakat Sepanyol.
Pembicara membawa pendengar untuk merenungi secara mendalam sikap toleransi yang ditunjukkan oleh para khalifah yang mentadbir Andalusia selama 700 tahun dengan membawa kemajuan, sains dan teknologi di bumi tersebut. Andalusia menjadi bumi tamadun yang pertama di Eropah. Universiti, hospital dan pengurusan kota yang ditadbir rangkaian para khalifah membawa Sepanyol ke era tamadun yang terbesar ketika itu. Tamadun Islam yang bertapak di Sepanyol merebak yang cepat dan menyeluruh ke seluruh benua Eropah menjelang kurun ke-14. Sesungguhnya episode keagungan Islam di Andalusia sebagai tapak ilmu sering dilupakan oleh para orientalis.
Jasa umat Islam menukar bumi Sepanyol dari zaman kegelapan ke zaman kecerahan seolah-olah tidak dihargai langsung. Nasib malang umat Islam bermula apabila kerajaan Islam Andalusia dikalahkan oleh Ferdinand dan Isabella pada hujung kurun ke-15. Raja tersebut menunjukkan sikap kasar serta tidak berperi kemanusiaan apabila tindakan majlis Inkuisisi dilancarkan dengan penghapusan umat Islam dari bumi Sepanyol. Seramai 5.6 juta umat Islam dkorbankan dalam peristiwa tersebut. Bukan sahaja umat Islam yang dihapuskan dari bumi Sepanyol, tetapi nasib umat Yuhudi pun sama. Bahkan penduduk tempatan yang tidak menerima doktrin raja Ferdinant turut dimusnahkan dalam kurun ke-15.
Ruangan Minda Intelek dalam episode ini merakamkan keebnaran sejarah yang jarang diperkatakan oleh penulis kerana sejarah biasanya ditulis oleh para orientalis yang memadamkan kisah tersebut. Pembicara secara tersiratnya menyampaikan mesej betapa tiada agama di dunia yang memberikan jaminan social dan keamanan dalam mana-mana pentadbiran, kecuali pemerintah Islam yang berpegang teguh terhadap paradigma iman.

(Penyampai mengucap terima kasih kepada Penerbit Pn Hajah Maryam - episod ini mendapat anugerah AMIN 2008)

No comments:

Post a Comment